Isu pelanggaran SOP PKPB: ADUN Ketari beri keterangan polis

Astro Awani
November 10, 2020 23:03 MYT
Menerusi kenyataan itu, Young Syefura sekali lagi memohon maaf atas atas perkara yang telah berlaku. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang berkenaan isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Young Syefura memberitahu beliau hadir bersama peguamnya Syahredzan Johan.
"Keterangan saya telah dirakam dan saya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
"Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Pendakwa Raya dalam menentukan tindakan yang akan diambil terhadap saya.
"Saya berharap apa-apa tindakan yang akan diambil adalah adil dan saksama, dan tanpa layanan berbeza walaupun saya seorang wakil rakyat," katanya.
Menerusi kenyataan itu, Young Syefura sekali lagi memohon maaf atas atas perkara yang telah berlaku.
BACA: Gambar tular berkelah ketika PKPB, ADUN Ketari mohon maaf, rela disiasat
BACA: Polis terima dua laporan dakwaan pelanggaran SOP oleh ADUN Ketari
Pada Isnin, media melaporkan, Young Syefura memohon maaf selepas netizen menuduhnya melanggar SOP (PKPB) yang berkuat kuasa di Selangor.
Bagaimanapun, gambar itu kemudian dipadamkan selepas ia tular di media sosial.
Young Syefura juga menjelaskan, walaupun berkhidmat sebagai ADUN di Pahang tetapi beliau bermastautin di Selangor.
Pelaksanaan PKPB di Selangor, bermula pada 14 Oktober lalu, melarang pergerakan antara negeri dan daerah kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.
#Young Syefura Othman #Rara #PKPB #SOP #langgar #ADUN Ketari #Pelanggaran SOP #Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat #Syahredzan Johan #Pahang #Selangor
;