Isu Papagomo diserang, tiada siapa terlepas tindakan undang-undang - KPN
Abd Razak Mohd Ali
Januari 21, 2020 14:40 MYT
Januari 21, 2020 14:40 MYT
Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terdapat bukti perbuatan jenayah dalam insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang melibatkan Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagoma dengan beberapa individu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menyifatkan insiden itu sebagai tidak sihat memberi jaminan pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu.
Menurut beliau, insiden yang dirakam dan ditularkan di laman sosial memberi gambaran tidak baik seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang.
"Tetapi yakinlah dalam apa juga insiden, akan disiasat dan akan diambil tindakan (tiada siapa) tidak akan terlepas," kata Abdul Hamid di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang Ahad lalu, Papagomo mendakwa dihampiri lebih 10 lelaki yang menuntutnya supaya meminta maaf atas tindakannya mengoyak kertas tertera gambar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Papagomo didakwa melakukan perbuatan itu ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis.
Sehari selepas itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur dengan mendakwa dia turut dipukul di dalam insiden tersebut.
#Abdul Hamid Bador
#diserang
#Exco Pemuda UMNO
#Ketua Menteri Sabah
#Ketua Polis Negara
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
#Papagomo
#Shafie Apdal