Isu operasi: Penumpang MAS ke New Delhi terkandas lebih lima jam
Isabelle Leong
November 1, 2018 00:25 MYT
November 1, 2018 00:25 MYT
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) menuju penerbangan MH0190 ke New Delhi yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur petang tadi tertangguh selama lebih lima jam akibat masalah teknikal.
Menurut salah seorang penumpang, pesawat tersebut cuba untuk berlepas sebanyak dua kali, namun kembali ke ‘hangar’.
Katanya, penumpang yang dibenarkan menaiki kapal terbang tersebut diminta turun daripada kapal terbang itu.
Sejurus kemudian, mereka dibenarkan menaiki pesawat itu namun pesawat itu dipercayai mengalami masalah tekinikal.
Penumpang yang sudah menunggu selama lebih lima jam, kini terkandas di dalam kapal terbang itu.
Pihak MAS mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter rasminya dengan memohon maaf dan mengatakan bahawa penangguhan tersebut disebabkan isu operasi.
“Penangguhan berlaku disebabkan sebab-sebab yang kita tidak dapat ramal dan kawal. Penerbangan ditangguhkan kera terdapat isu operasi. Kami memohon maaf,” menurut kenyataan rasminya.
MAS kini telah menukarkan masa penerbangan itu ke 11 pagi pada 2 November.