Isu 'miscommunication', boikot kedai makan bukan dasar kerajaan - Salahuddin

Nailah Huda
Januari 27, 2023 15:27 MYT
Ketika ditanya mengenai kenyataan Rafizi Ramli supaya pengguna 'memulau' kedai yang menjual dengan harga tinggi, Salahuddin menggambarkan saranan itu telah disalah tafsir atau berlaku 'miscommunication'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan memboikot premis-premis yang menjual makanan dan minuman pada harga tinggi bukan dasar yang disokong oleh kerajaan, ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya pengguna 'memulaukan' kedai yang didakwa mengenakan harga yang tinggi, Salahuddin menggambarkan saranan itu telah disalah tafsir atau berlaku 'miscommunication'.
“Saya rasa ianya ‘miscommunication’ ... bukan boikot, tetapi ini bermakna, pendidikan kepada pengguna itu penting.
TERKINI] Sidang media Menteri KPDN sempena Ops Menu
“Kami sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi supaya rakyat mempunyai kesedaran yang bijak dalam mengurus pembelian mereka. Itu yang dimaksudkan oleh Menteri (Ekonomi), bukan untuk memboikot. Itu bukan polisi Kerajaan Perpaduan,” jelasnya.
Salahuddin berkata demikian pada sidang media di Bandar Baru Bangi, Selangor selepas melakukan lawatan mengejut di beberapa premis makanan dalam Ops Menu 3.0.
Pada Sabtu lalu, Rafizi mengulas mengenai sikap pengusaha restoran dan kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan, meskipun kos bahan mentah dikatakan semakin menurun.
Jelasnya, pengguna perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke kedai makan yang menawarkan harga yang tinggi dan tidak berpatutan.
"Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran," kata Rafizi.
#boikot #Kedai makan #Salahuddin Ayub #Rafizi Ramli
;