Isu MB Selangor: Zaman reformasi Malaysia berakhir

Wan Syamsul Amly
Julai 22, 2014 15:50 MYT
Isu MB Selangor: Zaman reformasi Malaysia berakhir
Pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mengundang pelbagai kritikan di media sosial.
‎Kebanyakan pendapat dilihat berbaur kritikan berkenaan isu nepotisme dan kronisme yang disifatkan menular dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Kebanyakan komen juga menggunakan #MBSelangor

Setakat penuhi kriteria wanita baik untuk jadi MB... mak saya pun layak #mbselangor #bodoh #gilakuasa

— Sambal Belacan (@Sambal_Belacan) July 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cerita Wan Azizah jadi #mbselangor ni mcm drama Melayu jugak. Jalan cerita mmg dah boleh expect dari dulu lg.

— Amri Sacdan (@masaokimura) July 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kata #DemiRakyat ... Oh Lupa Pula.. 'Manifesto Bukan Janji' ... #MBSelangor #Selangor #KroniAnwar #PolitikMalaysia pic.twitter.com/jpaVy2sEZw

— Media UMNO Malaysia (@umnoonline) July 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@anwaribrahim tukar #MBSelangor TS@Khalid_Ibrahim yang sangat kompeten memerintah dgn isteri yang tiada pengalaman satu langkah sgt mundur!!

— MHusaini Ibrahim (@husainibrahim) July 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut sumber, ia termasuk di dalam kategori komen sinikal yang menganggap pengumuman jawatan MB kepada seorang isteri daripada suami bersifat terlalu 'kekeluargaaan'
‎"Kebanyakan mempertikaikan tokoh reformasi tersebut yang dipecat daripada kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 1998 berikutan kritikan beliau terhadap amalan korupsi, nepotisme dan kronisme yang diamalkan dalam pentadbiran negara.
‎"Jika di Indonesia, hari ini adalah permulaan Zaman Orde Baru," katanya.
Pada Isnin, Anwar menamakan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor yang baharu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu di ibu pejabat PKR.
Alasan Anwar, Wan Azizah merupakan pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.
Ketika ditanya apakah maklum balas kem Abdul Khalid terhadap kenyataan Anwar yang meminta MB itu memainkan peranannya bagi membantu pentadbiran Selangor, hanya ini katanya;
"‎Pukul 10 malam ini akan diadakan himpunan Solidariti Untuk Abdul Khalid di kediaman MB."
Keputusan Anwar pada Isnin menandakan khidmat Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan berakhir dalam masa terdekat.
Selain itu, ia sekali gus menamatkan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
#Anwar #Azizah #Azmin #Khalid #MB #PKR
;