Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak berpuas hati dengan cadangan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang dicadangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ia susulan notis memanggil mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas pada Isnin dipercayai rentetan pertemuan Anwar bersama MPN Selangor pada Jumaat lepas.
Menurut sumber, ia selaras Fasal 23 (1)(a) Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang memberikan kuasa memutuskan calon-calon bagi jawatan-jawatan politik di peringkat Persekutuan dan menggubal peraturan atau garis panduan bagi pelantikan politik di peringkat Negeri.
"Anwar dalam kenyataannya semalam masih menggambarkan kecenderungannya untuk memilih Azizah sebagai MB yang baru.
"Ia sekali gus tidak selari dengan cadangan konsensus yang mahukan Azmin menggantikan Abdul Khalid sebagai MB," ujarnya.
Sebelum ini, MPN Selangor mencadangkan nama Azmin sebagai MB Selangor berdasarkan senioritinya di Dewan Negeri Selangor sejak 1999 selain pengalaman dalam Kerajaan dan juga pembangkang serta kesetiaan yang teruji.
Jelas sumber itu lagi, mesyuarat khas pada malam Isnin itu turut menjemput semua ADUN PKR Selangor.
"Mereka perlu mengesahkan penerimaan notis dan kehadiran pada malam esok.
"Notis dihantar Setiausaha Ibu Pejabat PKR pada awal pagi tadi," katanya. Pada Isnin, teka-teki status Azmin untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup PR.
Bagaimanapun pada Rabu, Abdul Khalid bertegas tidak mahu jawatannya diganggu-gugat sesiapa dan mahu kekal sehingga akhir penggal pentadbirannya.
Kemelut itu turut melihat Anwar yang dilihat cenderung untuk meletakkan isterinya sekali gus Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.
Sebelum ini, Abdul Khalid juga menyatakan tidak akan bimbang apa-apa jika adanya usul undi tidak percaya daripada ADUN PR sendiri untuk 'menjatuhkannya'.
Abdul Khalid turut dikatakan akan melepaskan jawatannya selepas hari raya atau selewat-lewatnya September depan.
Ia dikatakan usaha susulan pihak tertentu yang mahu menjatuhkan Abdul Khalid selepas kegagalan strategi 'langkah Kajang' sebelum ini.
Wan Syamsul Amly
Sun Jul 20 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak berpuas hari dengan cadangan nama ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali seperti yang dicadangkan MPN untuk menjadi MB Selangor yang baharu.
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
'Kes saman Abdul Khalid dan Saifuddin selesai luar mahkamah' - Rafizi
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.
Saman fitnah: Khir Toyo mohon maaf kepada Abdul Khalid
Kes saman membabitkan dua bekas Menteri Besar Selangor selesai secara baik hari ini selepas Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, hidup kita ini macam roda - Bung Mokhtar
Kegagalan Anwar menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada Isnin membuktikan nasib seseorang individu yang tidak semestinya sentiasa di puncak.
Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan PMB.
Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin
Abdul Khalid dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat dengan Majlis tersebut selesai.
BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh
BN dilihat mempunyai peluang untuk menakluk semula negeri selangor seandainya krisis pertukaran menteri besar berlarutan sehingga berlaku pembubaran DUN.
Isu MB Selangor: Akar umbi KEADILAN sokong Wan Azizah jadi MB
Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggotanya mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali
Keputusan meminta semula mandat rakyat Negeri Selangor dengan tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat hanya merugikan masa dan kewangan kerajaan.
Perlantikan MB perlu patuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri - Abdul Khalid
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Abdul Khalid dijangka 'turun' lepas raya, paling lewat September
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.