Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat.
Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menariknya, sumber turut berkata terdapat seorang lagi calon lagi iaitu ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menter Besar yang baharu. ADUN akan diminta untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok tersebut.
Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan.
"Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel yang 'sebenar dan tulen'.
"Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.
Pada petang Khamis, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, sidang media MPN Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Rabu disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.
Bagaimanapun jelasnya, nama ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Wan Azizah.
Tegas Shuhaimi, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN.
Tambah sumber itu, pendedahan itu membuktikan ada calon alternatif bagi jawatan menteri besar selain Wan Azizah.
"Ini sekali gus menafikan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa PKR telah memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah.
"Kenyataan Anwar sebelum ini juga dipertahankan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa hanya satu nama dan tidak ada nama lain bagi calon alternatif yang dibincangkan," ujarnya.
Sebelum ini, sebuah portal pernah melaporkan kesediaan Dr.Idris untuk menjadi menteri besar jika mendapat persetujuan Anwar.
Dr. Idris yang dicadangkan PAS sebagai calon kompromi berkata, selaku ADUN Selangor, segala kemungkinan boleh berlaku dan persediaan untuk menggalas tugas itu perlu sebagai tanda perjuangan untuk rakyat.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 07 2014
Menurut sumber, Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada Dr. Idris Ahmad sebagai MB yang baharu. - File Photo
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Ceroboh hutan simpan: ADUN Selangor ditahan tiada permit, rentas negeri tanpa kebenaran
Kesemua suspek yang ditahan membabitkan 21 lelaki dan tujuh wanita serta seorang wanita Orang Asli.
ADUN Selat Klang dikompaun langgar SOP PKPB sambut Aidilfitri
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada timbalan pendakwa raya supaya mengenakan kompaun itu.
Kenaikan gaji ADUN Selangor adalah wajar - Wan Saiful IDEAS
Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata kenaikan gaji bagi ADUN Selangor adalah wajar supaya ia setara dengan tanggunjawab mereka.