Isu masa siaran: Kerajaan mahu kaji manifesto Pakatan

Astro Awani
Februari 25, 2013 20:39 MYT
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang memperhalusi beberapa perkara berhubung masa siaran yang akan diberikan kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Joseph Salang berkata antara perkara yang diambil kira ialah mengenai pembahagian masa dan peluang antara kerajaan dan pakatan pembangkang.
Katanya biarpun pembangkang berhak diberi masa siaran, namun pihak kementerian ingin tahu manifesto mana yang akan digunapakai.
Antaranya pembahagian dari tiga parti di bawah pakatan pembangkang dan parti-parti lain.
Selain itu, pengagihan masa mengikut peratus kerusi dalam parlimen juga akan diperincikan sebelum memuktamadkan garis panduan mengenai perkara itu.
Parti-parti politik akan diberi peluang membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
#BN #Pakatan Rakyat #PRU-13 #PRU13
;