Isu MAGERAN tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Agong - Zahid

Firdaus Azil
Jun 11, 2021 12:14 MYT
Ahmad Zahid berkata penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Isu keperluan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Ahmad Zahid berkata penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.
Malah, menurutnya, cadangan penubuhan Majlis itu hanya untuk mencapai kepentingan individu tertentu.
“Saya rasakan bahawa perkara itu adalah salah satu daripada keadaan norma yg di luar daripada apa yang sedia ada kerana darurat patutnya mencakupi soal-soal itu.
"Tapi ia telah (cuba) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.
Dr Mahathir pada Khamis mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
BACA: Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
BACA: Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
BACA: PH tolak cadangan Tun M tubuh MAGERAN
BACA: MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO
#MAGERAN #Zahid Hamidi #Mahathir Mohamad #UMNO #Majlis Gerakan Negara #Yang di-Pertuan Agong
;