Isu Laut China Selatan perlu diselesai secara aman, ikut perundangan antarabangsa - Perdana Menteri
Hasimi Muhamad
Februari 5, 2021 15:12 MYT
Februari 5, 2021 15:12 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia mengulangi pendirian bahawa isu tuntutan Laut China Selatan hendaklah diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip undang–undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu termasuk menerusi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLSO).
"Semua pihak perlu mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif (self–restraint) serta juga mengelak tindakan berkaitan ketenteraan (militarisation).
"Malaysia komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif, menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai," katanya dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo di Jakarta, pada Jumaat.
Sementara itu, Jokowi menekankan agar semua pihak dapat menghormati UNCLSO 1982.
Isu tuntutan maritim di perairan Laut China Selatan
#Muhyiddin Yassin
#Joko Widodo
#Indonesia
#Perdana Menteri
#hubungan Malaysia-Indonesia
#Laut China Selatan