Isu 'land swap': Kementerian Pertahanan sedia beri kerjasama kepada SPRM

Bernama
Jun 24, 2019 23:54 MYT
Mohamad, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kerja Raya Baru Bian, antara yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Maju malam ini. --fotoBERNAMA
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata kementerian yang diterajuinya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan urus niaga 'land swap' membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu.
Beliau berkata SPRM bebas memanggil siapa sahaja daripada kementerian itu untuk membantu siasatan.
"Kalau SPRM minta kerjasama untuk kita bagi maklumat tambahan kita akan bekerjasama," katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis rumah terbuka Aidilfitri, di sini malam ini.
BACA: 'Land swap' Kementerian Pertahanan: SPRM akan panggil Najib, Hishammuddin
Mohamad berkata kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menyiasat perkara itu.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilapor memberi keterangan selama tujuh jam kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung isu berkenaan.
Februari lalu, Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta bagi urus niaga 'land swap' membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Hishammuddin Hussein #Kementerian Pertahanan #kerajaan #kerugian #land swap #Menteri Pertahanan #Mohamad Sabu #Rasuah #siasatan #tanah kementerian #urus niaga
;