Isu kuil: Tiada perobohan sehingga jalan penyelesaian dicapai - MB
Dania Zainuddin
November 29, 2018 14:38 MYT
November 29, 2018 14:38 MYT
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi jaminan tidak akan ada perobohan kuil Sri Maha Mariamman sehingga satu jalan penyelesaian dapat dicapai.
Jelasnya, memandangkan satu prosiding injunksi mahkamah membabitkan isu kuil ini dijadualkan berlangsung pada 11 Januari akan datang, tiada perobohan akan dilaksanakan.
“Jadi dalam tempoh sekarang hingga bulan Januari, saya dapat lihat satu jaminan tidak ada perobohan dilaksanakan.
“Pentingnya kita semua harus memahami dan ikut peraturan undang-undang dan bertolak ansur untuk menjamin kestabilan dalam masyarakat,” kata Amiruddin dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Perpaduan Waytha Moorthy Ponnusamy.
Kata Amiruddin, pihaknya bersedia menjadi orang tengah dalam perbincangan antara pihak-pihak yang terlibat bagi mencari penyelesaian.
Jelasnya, kerajaan negeri hanya mensyaratkan agar semua pihak bertenang, tidak berhimpun dan melakukan apa-apa provokasi serta mengikut arahan dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
#Amirudin Shari
#injunksi mahkamah
#Menteri Besar Selangor
#perobohan
#perobohan kuil
#Sri Maha Mariamman