Insiden rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman sepanjang dua hari lepas bukan satu isu antara kaum Melayu dan India, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekecohan bukan disebabkan oleh penduduk tempatan tetapi terdapat orang luar yang menjadi dalang disebalik isu ini.

Ketika ditanya jika beliau berpuas hati dengan jawapan pihak polis tentang dakwaan mereka lambat bertindak dalam mengawal keselamatan insiden tersebut, Dr Mahathir berkata polis perlu berhati-hati dalam tindakan mereka.

"Pihak polis tidak mahu berkasar dan mereka kenalah berhati-hati," katanya selepas majlis Anugerah Akademik Negara ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, Selasa malam.

Apabila ditanya tentang pendirian Putrajaya berhubung isu-isu pemindahan kuil yang lain pada masa depan, Dr Mahathir memberi jaminan insiden yang menimpa kuil Sri Maha Mariamman tidak akan berulang.

"Kita ada cara-cara untuk menghalang insiden sedemikian daripada berulang," katanya pendek.

BACA: Kawasan kuil Sri Maha Mariamman kembali kecoh seketika

BACA: Insiden kuil hanya unsur jenayah, dalang tidak akan terlepas - Tun M

BACA: Tun M didesak campur tangan isu Kuil Sri Maha Mariamman

BACA: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman