Isu kenaikan tol: Kementerian adakan perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi

Bernama
Jun 12, 2015 14:20 MYT
Kementerian Kerja Raya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung isu kenaikan tol. -Gambar hiasan
Kementerian Kerja Raya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat konsesi lebuh raya berhubung isu kenaikan tol.
Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kabinet pada mesyuarat hari ini telah membincangkan implikasi yang mungkin timbul.
"Anggota Kabinet turut mengemukakan pandangan dan saya akan meneliti serta memperincikan setiap pandangan yang dikemukakan sebelum sebarang keputusan lanjut diambil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian turut memohon kerjasama media untuk tidak membuat spekulasi mengenai isu kenaikan tol.
#Fadillah Yusof #kenaikan tol #spekulasi