Isu Jalur Gemilang 'terbalik' didik rakyat mengenai protokol negara

Azyyati Ahmad
September 1, 2015 19:51 MYT
Perkara ini dilihat telah berjaya mendidik rakyat mengenai istiadat dan protokol pengibaran bendera seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3 - Foto Bernama
Sambutan Hari Kebangsaan 2015 pada Isnin telah dicemarkan dengan isu pengibaran Jalur Gemilang ketika perarakan di Dataran Merdeka di media sosial.
Perkara itu menjadi persoalan di kalangan netizen apabila pengibaran Jalur Gemilang pada sambutan tersebut dikatakan telah dilakukan secara terbalik.
Namun begitu, ia kemudiannya disusuli dengan penyebaran pautan penjelasan dari Jabatan Penerangan Malaysia mengenai susunan dan kedudukan bendera Malaysia bahawa pengibaran Jalur Gemilang di perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2015 adalah dibuat secara betul.
Sekaligus, perkara ini dilihat telah berjaya mendidik rakyat mengenai istiadat dan protokol pengibaran bendera seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3, Jabatan Perdana Menteri Tahun 1994 bertarikh 13 April 1994.

Ok baru tahu pasal orang kecoh bendera terbalik masa perarakan semalam sedangkan bendera tu dah betul. Adoiii siyes lawakk /p>— Juan Joseph Zacharia (@wan_wyz) September 1, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan pic.twitter.com/rbKpOaL9Y7

— ABEDEE (@ANDYSAHLAM) September 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

oo perarakan semalam sebenarnya bukan bendera tu terbalik. Mmg protokol mengusung bendera mcm tu. My bad.

— ysffh (@yusoffhambali) September 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Surat Pekeliling itu, arah pandangan pengibaran bendera adalah pandangan dari luar bangunan memandang ke arah bangunan berkenaan.
Penetapan ini adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa dan juga peraturan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penjelasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia
Malah protokol ini turut dilihat digunapakai oleh syarikat penerbangan AirAsia dan Malaysia Airlines
#abatan Penerangan Malaysia #Hari Kebangsaan 2015 #Jalur Gemilang
;