Isu ijazah palsu: Marzuki kekal sebagai Setiausaha Agung Bersatu - Muhyiddin

Fareez Azman
Februari 12, 2019 13:43 MYT
Muhyiddin menjawab soalan pihak media dalam satu majlis pada Selasa. - Adtro AWANI
Presiden PPBM (Bersatu) Tan Seri Muhyiddin Yassin menjelaskan parti itu mengekalkan jawatan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya yang terpalit dalam isu ijazah palsu baru-baru ini.
Ujarnya, beliau telah diberi penjelasan oleh Timbalan Menteri Luar itu berhubung isu berkenaan.
“Tidak, dia dah buktikan penjelasan situasi keadaan sebenar. Orang boleh kata apa-apa, dia dah keluar kenyataan, tetapi mungkin tidak puas hati. Dia dah menafikan dia bukan kelulusan Cambridge. Orang boleh spin, bagi saya cukup memadai.
"(Marzuki) kekal setiausaha agung, jawatan dia sebagai menteri terpulang Kabinet. Prinsip jangan bohong, Bersatu berpegang pada prinsip integriti, jujur dan benar. Saya percaya rakyat tidak akan sokong,” jelasnya.
Tambah Muhyiddin, isu itu hanya ditimbulkan tindakan segelintir pihak tertentu.
Beliau berkata demikian ketika melakukan Lawatan Kerja di Batallion 4 Pasukan Gerakan Am di Semenyih pada Selasa.
BACA: Isu sijil akademik: Marzuki serahkan kepada Perdana Menteri
BACA: Biar Tun M tentukan nasib Marzuki - Syed Saddiq
BACA: Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan
#Bersatu #ijazah palsu #Marzuki Yahya #Muhyiddin Yassin #PPBM
;