Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan

Umavathi Ramayah
Jun 2, 2023 20:59 MYT
Percakapan Dr Mahathir dirakam USJT, D5 Bukit Aman di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi, Jumaat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamed susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, percakapan beliau dirakam Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di Yayasan Al Bukhary, di sini
kira-kira pukul 10.30 pagi.
"Siasatan dijalankan mengenai kenyataan Dr Mahathir yang berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.
"Kes masih di peringkat siasatan," katanya dalam satu kenyatan pada Jumaat.
Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti itu juga menandatangani dokumen bagi menandakan sokongan mereka terhadap gesaan Dr Mahathir supaya orang Melayu bersatu dan menyelamatkan masyarakat.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid turut menandatangani dokumen itu atas kapasiti peribadi.
#Mahathir Mohamad #institusi diraja #Proklamasi Orang Melayu #PDRM
;