Polis merekodkan keterangan daripada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya, yang dikatakan membuat kenyataan menghina institusi beraja.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Mohamed Nazri berbuat demikian minggu lepas.
"Kita akan memajukan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada bila-bila masa," katanya dalam sidang media selepas melancarkan filem "Bukit Kepong" versi digital definisi tinggi di sini, hari ini.
Beberapa laporan polis dibuat orang ramai terhadap Mohamed Nazri selepas kenyataannya terhadap komen Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan menghina institusi beraja.
BACA: 'Saya pertahankan Najib, saya pula yang kena panggil' - Nazri Aziz
BACA: Polis akan siasat Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan - KPN
Sebelum ini, Tunku Ismail memuat naik komen pada status di laman Facebook Johor Southern Tigers berhubung dialog 'Nothing2Hide' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas faktor keselamatan.
Mohamed Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas turut dilaporkan sebagai berkata beliau masih menghormati sistem raja berperlembagaan yang telah sebati dalam hatinya sejak sekian lama dan masih mempunyai pegangan agama yang kuat.
BACA: Jauhkan diri dari politik, tegas Nazri kepada TMJ
BACA: Tun M tiada hak berdebat dengan Najib kerana dia hanya rakyat biasa - Nazri Aziz
Terdahulu, Khalid menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Polis Diraja Malaysia dan Syarikat KRU yang bertujuan menyalurkan sebahagian kutipan tayangan amal, perdana dan awam filem "Bukit Kepong" bagi mengisi Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia.
Filem yang pernah memenangi tujuh anugerah di Festival Filem Malaysia ketiga itu ditayangkan buat pertama kali pada 1981.
Selepas membuat kerja-kerja "digital remastering" filem yang sama berkisarkan peristiwa Bukit Kepong pada 1950 akan ditayangkan semula dalam versi definisi tinggi di pawagam dan tayangan awam pada bulan Kemerdekaan.
Dalam kejadian pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi, Balai Polis Bukit Kepong dekat Pagoh, Johor diserang segerombolan 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP).
Bernama
Tue Jun 23 2015
![Isu hina institusi beraja: Polis rekod keterangan Nazri Aziz Isu hina institusi beraja: Polis rekod keterangan Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435065467_NAZRIAZIZ.jpg)
Beberapa laporan polis dibuat orang ramai terhadap Mohamed Nazri (gambar) selepas kenyataannya terhadap komen Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dikatakan menghina institusi beraja.
![Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Platform media sosial perlu letak tanda 'notis AI' dalam setiap kandungan AI dimuat naik - Fahmi
Platform media sosial dikehendaki meletakkan notis 'Kecerdasan Buatan (AI)' dalam setiap kandungan AI yang dimuat naik.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
MBSB Bank bekerjasama dengan INSKEN, MAIJ lancar program untuk komuniti asnaf
Program tersebut bertujuan untuk mentransformasikan kewangan sosial Islam dengan memperkasakan individu dalam komuniti asnaf melalui latihan intensif, sokongan kewangan dan bimbingan berterusan.
![Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723696968_SophiaAlbarakbah.jpg)
Buli siber: Sophia Albarakbah kumpul bukti
Aktres Sophia Albarakbah kini giat mengumpul bukti untuk mengheret pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembuli siber ke muka pengadilan.
![Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723706198_TBsurirumahmaut.jpg)
Suri rumah dilaporkan hilang, ditemui mati dibunuh dalam bilik
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh dalam bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota di sini pada petang Rabu.
![Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723294016_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim bukti 'pendekar' sejati - Irfan Bakti
Faisal Halim layak dilabel pejuang sejati apabila mampu bangkit walaupun berdepan trauma selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu.
![Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723705839_TBHilang.jpg)
Polis mohon bantuan kesan Raisya Rasyiqah
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor.
![Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000 Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705134_TBAhLong.jpg)
Simbah cat merah, orang suruhan ah long didenda RM3,000
Seorang orang suruhan ah long mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah cat merah di rumah keluarga peminjam, Januari lalu.
![Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723705177_TBMyREF.jpg)
Latihan berstruktur sektor ekonomi digital berjaya stabilkan pendapatan, perniagaan asnaf
Lebih daripada 30 asnaf bersama ahli keluarga mereka telah diraikan di Majlis Graduasi MyREF Hijrahpreneur Skills Program (MyREF HSP) di Auditorium High Impact Research, Universiti Malaya.
![Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723704577_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol
Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak yang ditahan kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara.
!['Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin 'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/81416376226_295x200.jpg)
'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.
![Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61360735554_295x200.jpg)
Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin
GMM mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengenai 1MDB disiarkan secara langsung melalui televisyen.
![#Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali #Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/51411909342_295x200.jpg)
#Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan supaya diadakan satu sesi siaran berdialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir.