Isu GST, 1MDB dijangka jadi tumpuan MPP bersama PM

Khairunnisa Kasnoon
Jun 14, 2015 15:41 MYT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba di PWTC kira-kira pukul 4 petang bagi menghadiri majlis tersebut. - Gambar Fail
Dijangkakan lebih 1,200 perwakilan akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana (MPP) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Majlis tertutup yang bermula pukul 12 tengah hari tadi diisi dengan segmen Pameran Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK11) serta sesi penerangan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Rahamat Bivi Yusoff.
Selain itu, sesi penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta isu- isu semasa turut diadakan yang disampaikan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tiba di PWTC kira-kira pukul 4 petang bagi menghadiri majlis tersebut.
Beliau dijangka memberi ucapan dan seterusnya sesi soalan jawab bersama Perdana Menteri dijangka akan diadakan selepas itu.
#GST #IMDB #Majlis Penerangan Perdana #MPP #Najib Razak #PWTC #UMNO
;