Isu FGV: Isa, isteri selesai beri keterangan selepas 4 jam

Israr Khalid
Jun 21, 2017 07:52 MYT
Isa dan isteri tiba di pekarangan SPRM di sini kira-kira jam 9.40 pagi tadi. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemelut yang melanda syarikat tersebut.
Pasangan itu tiba di ibu pejabat SPRM di sini hari ini pada pukul 9.40 pagi
dan keluar meninggalkan bangunan pada pukul 2 petang selepas kira-kira empat jam.
"Saya telah jelaskan beberapa perkara yang ditanya, saya rasa saya yang terakhir antara ahli lembaga pengarah syarikat yang dipanggil.
"Biasalah, bila ada sesuatu berlaku, saya sebagai bekas pengerusi kenalah beri penjelasan kepada beberapa isu yang timbul," katanya ketika ditemui pihak media sejurus selesai memberi keterangan.
BACA:
FGV: Isa Samad, isteri akan dipanggil SPRM - Azam Baki
BACA: Isu FGV: Isa Samad, isteri tiba di SPRM beri keterangan
BACA:
60 saksi sudah dipanggil bantu siasatan kes FGV - SPRM
Isa ketika ditemui wartawan di pekarangan bangunan SPRM diajukan beberapa soalan termasuk sama ada beliau merasakan dirinya bersalah atau tidak dan juga bagaimana pembabitan isterinya untuk dipanggil sama memberi keterangan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan berulang-kali menegaskan ia terserah kepada SPRM untuk membuat keputusan
#Felda #FGV #Isa Samad #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #Bibi Sharliza Mohd Khalid