Isu dana yayasan: Zahid dipanggil beri keterangan tiga hari berturut-turut

Firdaus Azil
Oktober 12, 2018 09:44 MYT
Ahmad Zahid tiba di Ibu Pejabat SPRM hari ini bagi memberi keterangan kali kelima berhubung siasatan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. --fotoBERNAMA
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir untuk hari ketiga berturut-turut di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung beri keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Bekas timbalan perdana menteri itu tiba di perkarangan lobi SPRM pada pukul 9.20 pagi dengan menaiki sebuah kereta SUV berwarna putih.
Siasatan adalah berhubung dana Yayasan Akal Budi yang didakwa digunakan bagi menjelaskan hutang kad kredit milik beliau dan isterinya membabitkan nilai mencecah RM800,000.
Secara keseluruhan, ini kali kelima beliau dipanggil memberi keterangan di SPRM, yang mana empat kali berhubung yayasan tersebut, dan sekali berhubung isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hari ini hari ketiga berturut-turut Presiden UMNO DS @Zahid_Hamidi dipanggil beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. Nantikan sebarang perkembangan lanjut di @501Awani pic.twitter.com/ncRZEkNoCB

— FA (@FirdausAzil) October 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dipanggil memberi keterangan sebelum ini ialah anak dan menantu beliau, Datuk Nurulhidayah dan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, serta adik tiri Ahmad Zahid, iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
#beri keterangan #dana #Rasuah #siasatan #SPRM #UMNO #yayasan #Yayasan Akal Budi #Zahid Hamidi
;