Isu dakwaan pertukaran Agong: 'Saya belum terima apa-apa surat rasmi' - Tun M
Rahimah Abdullah
Januari 4, 2019 13:09 MYT
Januari 4, 2019 13:09 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak menerima apa-apa surat atau tindakan secara rasmi mengenai desas-desas mengatakan akan berlaku pertukaran Yang di-Pertuan Agong.
Justeru katanya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tidak menerima apa-apa surat atau apa-apa tindakan rasmi mengenai semuanya. Jadi saya tidak akan cakap apa-apa mengenainya,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.
Dr Mahathir mengulas mengenai desas-desau mengatakan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang di-Pertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.
#Bangunan Yayasan Al-Bukhary
#Mahathir Mohamad
#Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja
#presiden
#Sultan Muhammad V
#Yang di-Pertuan Agong