Isu cerun dan lereng di Bukit Kerinchi makin serius

Astro Awani
Januari 1, 2013 10:22 MYT
Pendedahan Astro Awani berkaitan isu cerun dan lereng di Bukit Kerinchi mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Beliau meminta pihak berwajib memandang serius isu berkenaan kerana ia membabitkan kepentingan dan keselamatan penduduk sekitar.
Tegas Nurul Izzah masalah hakisan dan mendapan di Bukit Kerinchi perlu ditangani segera.
Astro Awani pada Isnin memaparkan masalah hakisan dan mendapan tanah yang menghantui penghuni pangsapuri Pantai Panorama di Bukit Kerinchi.
Penduduk bimbang jika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) tidak mengambil tindakan, masalah berkenaan akan bertambah buruk.
Tinjauan mendapati jalan dan cerun berhampiran mengalami kesan hakisan air yang teruk.
Terdapat juga kesan mendapan dan pokok-pokok condong tanda berlakunya pergerakan tanah.
#Bukit Kerinchi #hakisan tanah #Kerinchi #Nurul Izzah Anwar
;