Isu bumbung bersalib: 'Kita terlalu banyak masa untuk isu-isu bodoh' - Khairy

Syafique Shuib
Disember 30, 2015 06:38 MYT
Gambar bumbung yang kelihatan seperti simbol salib di sebuah projek perumahan di Langkawi. Gambar: Facebook
"Rakyat Malaysia suka membuang terlalu banyak masa dalam isu-isu bodoh."
Itulah reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin susulan isu bumbung rumah yang kelihatan seperti simbol salib di Langkawi.
Khairy yang kini berada di Langkawi untuk acara Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) sempat merakamkan selfie berlatarbelakangkan projek perumahan dimana bumbung kediaman terbabit sudah dicat semula agar simbol seakan salib itu tidak lagi kelihatan.

Rumah2 yang ada 'salib' di Langkawi. Now repainted after the uproar. We waste too much time on stupid issues. pic.twitter.com/5Ead5kCfAA

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gambar projek perumahan terbabit mula menjadi viral di media sosial sejak minggu lepas.
Susulan itu, syarikat pemaju memberi jaminan untuk melakukan kerja pembetulan termasuk mengecat bahagian bumbung.
"Saya dimaklumkan perkara terbabit tidak disengajakan syarikat pemaju dan mereka berjanji untuk melakukan kerja mengecat secepat mungkin.
"Saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan kerana ia adalah sensitif jadi penyelesaian kadar segera amat diperlukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan Kedah, Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain, dipetik dari laporan Berita Harian.
Tweet Khairy setakat ini menerima lebih dari 1500 retweet.
#Khairy Jamaluddin #Langkawi #projek perumahan #salid