Isu botol peluntur, yogurt seiras: Tesco tarik balik penjualan produk

Madiha Abdullah
Januari 21, 2016 14:40 MYT
Reka bentuk botol peluntur dan yogurt yang sama ini boleh menyebabkan masalah lebih besar. -Foto/Facebook Safiya Amaran
Susulan isu botol minuman yogurt dan cecair pencuci yang seakan sama, pasar raya Tesco mengumumkan pemberhentian penjualan produk berkenaan buat sementara waktu.
Menurut laporan The Rakyat Post, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Kerajaan Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias menjelaskan pihaknya mengambil langkah tersebut untuk mengelak kekeliruan dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna.
Isu botol dua produk tersebut heboh dibincangkan di laman sosial selepas gambar berkenaan tersebar, sekali gus menimbulkan rasa prihatin masyarakat.
Seorang pengguna Facebook, Safiya Amaran meletakkan foto tersebut di akaun Facebook miliknya dengan pesanan agar orang ramai peka dan berhati-hati dengan dua produk itu.

Satu botol peluntur Satu botol yogurt Nampak lebih kurang sama #Tesco

Posted by Safiya Amaran on
Ramai yang mempersoalkan reka bentuk botol yang digunakan hampir sama, yang berkemungkinan akan mengakibatkan masalah lebih besar.

Hati2 bila shopping kat tesco...botol clorox dgn yogurt seakan sama ..anak2 kecil tak dapat bezakan...

Posted by ZaZa Shahri on

bahaya ni.. boleh membunuh anak2 kita.. jangan sesekali perkenalkan kepada kanak2 bahawa potol putih ini adalah...

Posted by Badaruddin Muhammad on

Weeeiiiii ini betoi betoi bahaya ooooiiiiii.... Tesco must take immediate action to change the bottling...

Posted by Samson Singh on
#botol #kesihatan #pasaraya #peluntur #Tesco #Yogurt
;