Isu bendera Malaysia: Presiden MABA ambil cuti sukarela

Asyraf Roslan
November 28, 2019 17:17 MYT
Melalui satu kenyataan media, Presiden MABA, Datuk Lua Choon Hann akan mengambil cuti secara sukarela dengan segera, pada Khamis - Foto Facebook @choonhannlua
Susulan insiden penularan satu klip video yang memaparkan bendera Malaysia yang tidak betul semasa upacara pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 di stadium Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (MABA).
Presiden MABA, Datuk Lua Choon Hann diumumkan telah mengambil cuti secara sukarela, melalui satu kenyataan media, pada Khamis.
Kenyataan media tersebut turut menyatakan bahawa sebagai presiden persatuan,Choon Hann seharusnya bertanggungjawab terhadap organisasi dan juga tatacara persatuan itu dan siasatan oleh pihak berkuasa akan tetap dijalankan.
Buat masa ini, jawatan Presiden akan dipangku oleh Timbalan Presiden MABA, Datuk Wira Tan Kang Yong.
Baca : "Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera
Baca : MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung
Baca : Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan
Pada masa sama, perkhidmatan syarikat dan kontraktor THEWOWSALE Dot Com Trading,
yang bertanggungjawab untuk operasi penstriman langsung juga telah dihentikan.
Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 1 minit 42 saat yang telah mendapat pelbagai reaksi netizen sejurus selepas visual paparan bendera Malaysia itu tular di laman sosial.
Ia antara lain memaparkan bendera Malaysia lima bintang ketika lagu Negaraku dinyanyikan dalam acara pembukaan itu.
Perlawanan berlangsung dari November 25 sehingga 5 Disember depan.
#bendera malaysia #Datuk Lua Choon Hann #Datuk Wira Tan Kang Yong #MABA #Presiden MABA #Tular
;