Isu Banglo Guan Eng: Henti kenyataan mengelirukan - SPRM
Mariah Ahmad
April 17, 2016 10:25 MYT
April 17, 2016 10:25 MYT
SPRM mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, berhubung isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai, berhubung isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini turut menegaskan kes tersebut mahupun kes Kementerian Belia dan Sukan (KBS) langsung tiada kaitan dengan pegawai SPRM yang dijatuhkan hukuman berhubung rasuah oleh mahkamah baru-baru ini.
Kata SPRM lagi, setiap siasatan kes rasuah mempunyai perbezaan melibatkan pengumpulan bukti, pengesahan dokumen serta mengambil keterangan saksi yang menyebabkan tempoh siasatan terbabit turut berbeza-beza.