Isu bahasa iklan: Sekerat belut sekerat ular - Rais Yatim

Sinar Harian
September 14, 2018 23:12 MYT
RAIS: "Biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi."
“Sekerat belut sekerat ular,” itu sindiran bekas menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim susulan melihat iklan akhbar hari ini menggunakan gabungan bahasa kurang sesuai.
Rais yang berkongsi pendapatnya itu melalui laman Twitter peribadinya berkata, sememangnya perlu menerima hakikat bahasa (Bahasa Melayu) itu tidak statik dan berubah mengikut peredaran zaman.
Bagaimanapun menurutnya, biarlah bahasa Melayu berkenaan diubah kepada yang lebih baik lagi.

Iklan akhbar hari ini. Nangis..nangis lagilah pencinta bahasa...dah dibuat pulak istilah "tehgether" dlm iklsn ini susulan "ngeteh" dan "ngopi" Kita terima hakikat Bahasa itu tak statik. Ia berubah ikut zaman. Tapi ubahlah kpd yg lebih elok. Tolong jgn sekerat belut sekerat ular. pic.twitter.com/oqAc6ziWaL

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) September 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Iklan akhbar hari ini. Nangis.. nangis lagilah pencinta bahasa… dah dibuat pulak istilah ‘tehgether’ dalam iklan ini susulan ‘ngeteh’ dan ‘ngopi’.
“Kita terima hakikat bahasa itu tak statik. Ia berubah ikut zaman. Tapi ubahlah kepada yang lebih elok. Tolong jangan sekerat belut sekerat ular,” katanya, hari ini.
#bahasa #Bahasa Malaysia #iklan #Rais Yatim #Twitter
;