Isu agama wanita kahwin pemain hoki India dalam siasatan
Sinar Harian
Disember 20, 2020 13:53 MYT
Disember 20, 2020 13:53 MYT
JOHOR BAHRU: Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi mengesahkan isu mengenai status agama seorang wanita Malaysia yang melangsungkan perkahwinan dengan pemain hoki India baru-baru ini masih dalam siasatan.
"Masih dalam siasatan,” demikian jawapan ringkas Tosrin menerusi WhatApps ketika diminta mengulas isu berkenaan.
Perkahwinan wanita yang dikatakan berasal dari Johor itu tular di media sosial berikutan gambar yang dikongsikan mengundang status agama wanita terbabit sehingga netizen meminta Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ) melakukan siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita berusia 27 tahun itu berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi.
Beberapa portal melaporkan pasangan itu dijadualkan berkahwin pada April lalu, namun terpaksa ditangguhkan kerana penularan COVID-19.
Pemain itu kali pertama bertemu isterinya yang menyaksikan perlawanan ketika beliau mengetuai satu kejohanan di Malaysia pada 2012.
#Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor
#COVID-19
#tosrin jarvanthi
#pemain hoki India
#perkahwinan
#kahwin
#hoki