Isu 3R: Rakaman keterangan Muhyiddin ditangguh
Madiha Abdullah
Ogos 20, 2024 11:00 MYT
Ogos 20, 2024 11:00 MYT
KUALA LUMPUR: Rakaman keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadual hari ini di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), ditangguhkan ke esok (Rabu).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam pesanan ringkas menerusi WhatsApp memaklumkan, ini berikutan peguam Muhyidddin masih berada di Thailand.
“Peguam (Muhyiddin) memaklumkan ia ditangguhkan esok pada waktu yang sama kerana peguamnya masih berada di Thailand,” katanya.
Terdahulu pada Isnin, Razarudin berkata, polis akan merakam keterangan berhubung ucapan bekas Perdana Menteri itu yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.