Isu 3R: Aaron Ago Dagang beri amaran keras kepada individu terlibat

Astro Awani
Mac 5, 2025 23:49 MYT
Aaron berkata, perbuatan tersebut tidak boleh diterima sama sekali kerana tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain, boleh merosakkan keharmonian negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara memberi amaran tegas terhadap tindakan segelintir individu, yang menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan, dan mempersendakan agama serta sensitiviti berkaitan isu 3R di platform media sosial.

Ringkasan AI
  • Kementerian Perpaduan Negara memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan provokasi dan penghinaan agama di media sosial.
  • Menteri Aaron Ago Dagang meminta PDRM dan MCMC mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.
  • Kementerian terus melaksanakan Kempen Cakap Baik-Baik untuk mendidik masyarakat agar menghormati agama dan budaya lain.

Ia termasuk individu yang dikenali sebagai Vijayan Savarinathan, Zamri Vinoth, Saravanan Sanmugom dan pengguna media sosial TikTok, Crime_Man.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perbuatan tersebut tidak boleh diterima sama sekali kerana tindakan provokatif yang tidak menghormati perasaan agama dan kaum lain, boleh merosakkan keharmonian negara.
"Setiap individu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa ruang maya digunakan dengan bijak dan tidak menimbulkan perpecahan atau ketegangan dalam masyarakat.
"Tindakan tidak bertanggungjawab yang menjurus kepada perbuatan menghina agama dan sensitiviti kaum adalah suatu ancaman kepada keamanan dan keharmonian negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu malam.

KENYATAAN MEDIA Saya ingin menegaskan dengan tegas bahawa tindakan segelintir warga net khususnya individu bernama Vijayan Savarinathan, Zamri Vinoth, Saravanan Sanmugom dan Crime_Man (nama di aplikasi TikTok) serta lain-lain yang menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, pic.twitter.com/3RyPQWDNVe

— Aaron Ago Dagang (@AaronAgoDagang) March 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aaron turut mengingatkan kepada pihak yang terlibat dalam tindakan sedemikian, agar berhenti dan memikirkan kesan buruk yang boleh timbul daripada perbuatan mereka.
"Saya dengan ini memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak lagi mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) segera mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas individu-individu yang terlibat dalam penyebaran kandungan-kandungan yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu diambil untuk memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara.
Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara, katanya terus melaksanakan Kempen Cakap Baik-Baik serta menerapkan prinsip integrasi nasional Faham, Hormat dan Terima melalui program-program bagi mendidik rakyat Malaysia dalam menghormati agama dan budaya penganut lain.
#Aaron Ago Dagang #isu perkauman #Kementerian Perpaduan #isu 3R
;