'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Ahmad Maslan

Wan Syamsul Amly
Disember 28, 2015 16:47 MYT
AHMAD MASLAN: 'Isu #2kerja sudah terlampau melarat' - Gambar fail
Isu #2kerja disifatkan sudah terlampau melarat dan lari daripada konteks asal seperti yang disyorkan pada awalnya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tajuk yang digunakan beberapa media juga perlu ditukar agar selari dengan ucapannya dalam satu ucapan di Johor Bahru baru-baru ini.
"Saya kata kerja sedia ada ditambah perniagaan online. Itu yang cerita asalnya. Sekarang sudah melarat macam-macam," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Tajuk Awani ttg Kerajaan galakkan #2kerja itu tak tepat.Saya sebut MITI galakkan business online utk tambah pendapatan & trend niaga terkini

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) December 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu majlis baru-baru ini, Ahmad berkata, kementeriannya mengesyorkan semua agensi kerajaan yang berurusan dengan usahawan mikro, kecil dan sederhana agar memberi fokus kepada perniagaan dalam talian.
Jelasnya, perniagaan atas talian, pemasaran elektronik atau e-dagang dilihat akan menjadi trend perdagangan masa depan.
Ujarnya lagi, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) juga menyediakan geran tertentu kepada kumpulan usahawan berkenaan.
Isu #2kerja mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Kata Presidennya, Datuk Azih Muda, produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri.

Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan UMNO. Ramai dah di Msia yg buat #2Kerja. Berusaha gigih cari rezeki yg halal

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) December 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#2Kerja Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu mlm & hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan.

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) December 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#2Kerja Saya sebut lakukan 2 kerja bukan luar biasa ketika ditanya wartawan, dlm konteks business online /perniagaan atas talian /e-commerce

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) December 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu di dalam Twitter, Ahmad memberitahu dia juga mempunyai tiga kerja iaitu Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Penerangan UMNO.
"JIka kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan," katanya ketika dipetik dari laman Twitternya.
BACA: 'Tarik segera cadangan #2kerja' - MTUC
BACA: 'Produktiviti kakitangan awam akan terjejas jika buat #2kerja' - CUEPACS
##2kerja #Ahmad Maslan #azih #cuepacs #Jabatan Perkhidmatan Awam #JPA #pekeliling #tatatertib
;