Istiadat Penganugerahan Pingat Pulau Pinang 2023 ditangguh
Bernama
Julai 3, 2023 15:57 MYT
Julai 3, 2023 15:57 MYT
GEORGE TOWN: Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Pulau Pinang 2023 ditangguhkan ke Oktober atau satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang berkata penangguhan itu susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14 yang telah diumumkan pada 28 Jun lepas.
"Walau bagaimanapun, tarikh 8 Julai 2023 telah ditetapkan dan diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-74 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA