Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Agong

Bernama
Januari 31, 2019 11:18 MYT
SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
Istiadat di Balairung Seri itu diadakan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Terdahulu, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berdua berangkat dari Istana Abdulaziz pada 7.10 pagi menuju ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kuantan.
Pesawat khas yang membawa Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 8.34 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada kira-kira 9.10 pagi.
Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berangkat ke Dataran Parlimen bagi sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara bagi majlis melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Istana Negara #KLIA #Kuantan #Parlimen #Raja Permaisuri Agong #Sultan Pahang #Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah #Yang di-Pertuan Agong
;