Isteri Tan Sri Koh Tsu Koon meninggal dunia

Astro Awani
Julai 24, 2016 03:30 MYT
Pengebumian Chui dimaklumkan akan diadakan pada Khamis, 28 Julai. - Foto BERNAMA
Puan Sri Chui Kah Peng, isteri kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, meninggal dunia awal hari ini akibat kanser.
Mendiang meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Chui meninggal dunia pada jam 1:00 pagi di bilik wad Gleneagles Medical Centre dikelilingi oleh ahli keluarga terdekat.
Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Tikus.
Pengebumian Chui dimaklumkan akan diadakan pada Khamis, 28 Julai.
#Chui Kah Peng #Dr Koh Tsu Koon