Isteri Pesuruhjaya Pas Johor meninggal dunia

Bernama
Disember 11, 2022 14:15 MYT
Isteri Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin, Habibah Hussin, meninggal dunia pagi tadi.
JOHOR BHARU: Isteri Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin, Habibah Hussin, meninggal dunia pagi tadi.
Abdullah, yang juga calon Perikatan Nasional di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15, berkata Habibah menghembuskan nafas terakhir pada 7.47 pagi.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri Johor Abu Irfan Muhammad Al-Urduni mewakili parti itu merakamkan ucapan takziah kepada Abdullah.
"Seluruh ahli Pas Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Guru Pesuruhjaya Pas Johor sekeluarga dengan iringan doa semoga Allah merahmati dan mengampuni Almarhumah, ditempatkan bersama para solihin dan syuhada.'
"Kami mendoakan semoga tuan sekeluarga tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah mengurniakan keteguhan hati dan istiqamah kepada semua. Allahumma Aamiin," katanya menerusi hantaran di laman Facebook Pas Johor.
-- BERNAMA
#Isteri Pesuruhjaya Pas Johor #Habibah Hussin #meninggal dunia #Abdullah Husin