Isteri Perdana Menteri turun padang lawat mangsa banjir

Astro Awani
Disember 20, 2021 19:26 MYT
Muhaini dan Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina yang menyantuni mereka.
Muhaini dan Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.
Difahamkan dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam; PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Isteri PM turun padang melawat mangsa banjir
Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri itu.
Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.
#banjir selangor #isteri Perdana Menteri #Muhaini Zainal Abidin #tinjauan mangsa banjir
;