Isteri maut, suami parah dalam kemalangan di Alor Setar
Adie Sufian Zulkefli
Mei 12, 2020 23:39 MYT
Mei 12, 2020 23:39 MYT
Seorang wanita maut manakala suaminya parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Persiaran Hijau Kuning, Kampung Teluk, Alor Setar, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 76 tahun maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa suami isteri dilanggar di bahagian sisi sebuah Proton Wira yang dipercayai terbabas.
Kedua-dua pemandu mengalami kecederaan parah dan di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.
Wanita dalam kereta Perodua Viva itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kementerian kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.