Isteri maut dipercayai ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Adie Sufian Zulkefli
Mac 5, 2023 15:52 MYT
Mac 5, 2023 15:52 MYT
KANGAR: Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, polis menerima laporan kejadian jam 7.26 pagi.
“Laporan dibuat seorang individu mengatakan seorang wanita berusia 26 tahun ditembak di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru Simpang Empat Berhampiran Kilang Padi Bernas.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dikejarkan ke lokasi dan mengesahkan berlaku kejadian tembak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata, siasatan masih dilakukan dan suspek yang juga suami mangsa telah ditahan.