Isteri KPN meninggal dunia

Assim Hassan
Disember 15, 2017 11:02 MYT
Azizah meninggal dunia di PPUM sekitar jam 7.02 malam tadi.
Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi meninggal dunia akibat barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, Azizah, 58, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.02 malam tadi.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, jenazah Azizah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor malam ini untuk disempurnakan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh untuk upacara pengebumian pada jam 9 pagi esok.
#Azizah Hamdi #kanser #Ketua Polis Negara #meninggal dunia #Mohamad Fuzi Harun #PPUM