Isteri aktor Harun Hashim meninggal dunia

Sinar Harian
November 21, 2024 13:10 MYT
Gambar kenangan Harun dan isterinya. - Foto Sinar Harian
SELEPAS hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Berita sedih itu dimaklumkan rakan baik Harun yang juga wartawan hiburan, Ridzuan Abdul Rahman kepada Sinar Harian.
Menurut Ridzuan, Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas ketika menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Datuk Freddie Fernandez di rumah mereka di Kampung Bukit Hijau, Jeram.
"Doktor kemudian mengesahkan Sakinah menghidap kanser payudara tahap empat. Keadaannya kritikal dan terpaksa ditidurkan.
"Pada mulanya doktor merancang untuk melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan), tetapi kemudian membatalkannya kerana keadaan kanser Sakinah sudah merebak," ujarnya.
Jenazah Sakinah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, hari ini. - Sinar Harian
#sesak nafas #meninggal dunia #isteri Harun Hashim meninggal dunia #Harun Hashim
;