Isteri ADUN Pengkalan Kubor meninggal dunia

Wanna Abd Rahim
Julai 16, 2022 22:08 MYT
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Wan Roslan memaklumkan, Allahyarham Wan Norihan Wan Ab Rahman meninggal dunia disebabkan masalah paru-paru berair. - Facebook/Wan Roslan Wan Hamat
KOTA BHARU: Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat dilaporkan meninggal dunia pada jam 6:55 petang tadi.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Wan Roslan memaklumkan, Allahyarham Wan Norihan Wan Ab Rahman meninggal dunia disebabkan masalah paru-paru berair.
Jenazah akan dikebumikan pada jam 11.30 malam ini di Madrasah Putih, Kampung Kutan.
Ramai pengikut yang merupakan kenalan turut meninggalkan ucapan takziah menerusi ruangan komen Facebook milik Wan Roslan.
Untuk rekod, Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak hasil perkongsian perkahwinan bersama Wan Roslan.
#isteri ADUN Pengkalan Kubor #meninggal dunia #Wan Norihan Wan Ab Rahman #Kampung Kutan
;