Istana Negeri Sabah serah surat notis kepada Musa Aman

Ruzaini Zulkepli
Mei 14, 2018 04:23 MYT
Rombongan yang diketuai Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli tiba di kediaman peribadi Musa di Luyang kira-kira jam 11 pagi. - Astro AWANI
Istana Negeri Sabah hari ini secara rasminya menyerahkan surat notis kepada pihak Tan Sri Musa Aman untuk memaklumkan beliau bukan lagi Ketua Menteri yang sah.
Rombongan tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Sulit Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli pada mulanya pergi ke kediaman peribadi Musa di Luyang kira-kira jam 11 pagi.
Bagaimanapun, mereka dimaklumkan bahawa Musa dan keluarganya tidak berada di rumah.
Abinan kemudiannya bergegas ke bangunan BTC Inanam untuk menyerahkan surat notis berkenaan kepada Setiausaha Sulit Musa, Affendi Mohd Sunoh, tepat jam 11.34 pagi.
Ketika ditemui media, Abinan memaklumkan, kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri Sabah dan ia difahamkan berkuat kuasa pada 12 Mei.
#Istana #Ketua Menteri #Musa Aman #notis #Sabah #surat