Istana Negara umum penggunaan nama rasmi Agong, Raja Permaisuri
Bernama
Januari 31, 2024 13:20 MYT
Januari 31, 2024 13:20 MYT
KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong yang telah dikemas kini.
Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Beliau turut memaklumkan bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
-- BERNAMA