Istana Negara dijangka keluarkan satu kenyataan rasmi petang ini (Isnin)
Astro Awani
September 28, 2020 15:18 MYT
September 28, 2020 15:18 MYT
KUALA LUMPUR: Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi jam 6 petang ini (Isnin)
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, yang mengesahkan perkara itu kepada agensi berita Reuters bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana isu secara khusus.
Istana Negara sebelum ini memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin minggu lalu.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dimasukkan di Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.
Susulan itu juga Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada Selasa telah ditangguhkan.
Anwar Ibrahim sebelum itu membuat sidang media mendakwa mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Yang di-Pertuan Agong
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Al-Sultan Abdullah