Istana Johor tiada hak campur tangan isu umur belia - PM

Wan Syamsul Amly
Julai 15, 2019 20:37 MYT
TUN MAHATHIR: Kerajaan akan membatalkan keputusan negeri itu seandainya mendapati ada campur tangan daripada pihak istana. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Istana Johor tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, kerajaan akan membatalkan keputusan negeri itu seandainya mendapati ada campur tangan daripada pihak istana.
"Kita tidak bincang, tetapi ada cerita campur tangan istana. Istana tiada hak... kalau didapati ada campur tangan, kita akan batalkan keputusan itu," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Isnin.
BACA: Had umur belia: Kerajaan Persekutuan ingin tahu alasan Kerajaan Johor - Tun M
BACA: Had umur belia, Johor buat pusingan U
Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan tetap dengan pendirian untuk mengekalkan had umur golongan tersebut kepada 40 tahun.
Bagaimanapun jelasnya, dalam tempoh sebelum pindaan Akta 668 itu diwartakan, kerajaan negeri akan melakukan perjumpaan dengan semua pihak terlibat termasuk persatuan belia.
#Akta 668 #Bersatu #Dr Sahruddin Jamal #had umur belia #Istana Johor #Mahathir Mohamad #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Perdana Menteri #Yayasan Kepimpinan Perdana
;