Israel bukan sebuah bangsa yang membangun - Dr Amjad Rabi

Irwan Muhammad Zain
Jun 5, 2021 23:05 MYT
Dr Amjad menjelaskan jika dilihat dari segi pendidikan dan kemudahan hospital, israel jauh ketinggalan berbanding negara seperti Turki dan Mexico. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pandangan yang menggambarkan Israel sebagai sebuah bangsa yang hebat dan membangun adalah tidak tepat jika dilihat dengan lebih mendalam.
Menurut pensyarah pelawat Universiti Malaya, Prof Dr Amjad Rabi, sebenarnya Israel mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan jika dibandingkan dengan negara lain.
Beliau menjelaskan jika dilihat dari segi pendidikan dan kemudahan hospital, Israel jauh ketinggalan berbanding negara seperti Turki dan Mexico.
"Jika kita lihat dari segi pendidikan, kenapa saya pilih pendidikan adalah kerana pendidikan merupakan cara untuk kita menjangkan masa depan sesebuah negara atau bangsa.
"Dari segi pendidikan kita tidak membandingkan israel dengan Finland atau Singapura, kita membandingkan Israel dengan negara lain seperti Turki, Mexico da beberapa negara lain yang bukanlah sebuah negara yang berpengaruh.
"Dari segi blik darjah, sebenarnya jumlah bilik darjah di Israel adalah jauh lebih kurang berbanding negara-negara yang dibandingkan.
"Dan sekiranya, anda ingat pada awal COVID-19, bagaimana Isreal berdepan, bagaimana kepayahan mereka dengan kadar kematian yang tinggi, kadar jangkitan juga tinggi.
"Ini semua berlaku kerana infrastruktur mereka bukanlah yang terbaik berbanding negara lain," kata ketika bercakap dalam webinar mengenai Palestin anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Beliau juga menjelaskan dari segi skor purata dalam literasi dan kemahiran numerasi, kanak-kanak Israel jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti Korea Selatan, Jepun dan Finland.
Dr Amjad juga menjelaskan dari segi produktiviti juga Israel berada jauh lebih rendah berbanding negara lain.
#Palestin #Israel #pendidikan #Prof Dr Amjad Rabi #membangun
;