Ismail Sabri ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Bernama
Mac 23, 2022 09:55 MYT
Perdana Menteri merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, hari ini. - Gambar/ FB Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, hari ini.
"Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.
"Semoga Allah S.W.T melanjutkan usia dan memberkati pemerintahan Ke bawah Duli Tuanku sempena Hari Keputeraan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Terdahulu, baginda berkenan berangkat ke majlis pengurniaan darjah bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu bersempena sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #Sultan Johor #Sultan Ibrahim Sultan Iskandar #Hari Keputeraan Rasmi