Ismail Sabri, Hsien Loong lancar Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin

Astro Awani
November 8, 2021 17:31 MYT
PM Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong, menerusi satu kenyataan bersama juga menyuarakan harapan untuk memulihkan perjalanan merentasi hubungan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura akan melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Vaccinated Travel Lane) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 29 November 2021.
Di bawah inisiatif ini, pengembara yang sudah mendapat vaksin penuh akan dapat melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dan tertakluk kepada ujian COVID-19 sebagai ganti kepada perintah kuarantin atau notis duduk rumah.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong, menerusi satu kenyataan bersama juga menyuarakan harapan untuk memulihkan perjalanan merentasi hubungan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat.
Kedua-dua pemimpin negara berkenaan menyambut baik kemajuan yang sudah dicapai melibatkan skim perjalanan serupa melibatkan laluan darat merentasi Tambak Johor dan Link Kedua.

Spoke to PM @IsmailSabri60 on the phone today on the launch of the Vaccinated Travel Lane between @ChangiAirport and KLIA from 29 November. We agreed that it is timely to progressively resume cross-border travel between both countries. LHL https://t.co/hojBhzKjNC pic.twitter.com/9be4iMSVq6

— leehsienloong (@leehsienloong) November 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia bagaimanapun mengambil kira situasi kesihatan awam di Johor dan Singapura.
#Laluan Perjalanan Bervaksin #COVID-19 #ismail sabri yaakob #Lee Hsien Loong
;