Ismail Sabri batalkan kad kredit sebagai tanda protes

Astro Awani
Ogos 6, 2014 13:12 MYT
Ismail Sabri batalkan kad kredit HSBC sebagai tanda protes
Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini membatalkan kad kredit bank HSBC miliknya sebagai tanda protes terhadap tindakan bank tersebut yang menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong Palestin, menurutnya seperti yang tersiar di akaun Facebook miliknya.
Foto Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu yang sedang memotong kad kredit itu dipaparkan di laman sosial Facebook.
Surat permohonan pembatalan tersebut dihantar kepada Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Mukhtar Malik Hussein bertarikh 7 Ogos.
#Gaza #HSBC #Ismail Sabri #Israel #Palestin